Sunday, September 30, 2007

INFO KOMTAR

Sempat diiktiraf bangunan tertinggi di Asia selama setahun
(1)Nama asal Komtar ialah Projek Pembangunan Bandar Raya Pulau Pinang Baru sebelum diubah pada tahun 1976 sempena penghormatan khas buat Tun Abdul Razak yang meniggal dunia akibat menghidapi penyakit leukemia.
(2)Ia melibatkan keseluruhan kos RM200juta nilai pada waktu itu serta tapak kawasan bersempadan dengan Jalan Penang, Jalan Prangin, Jalan Magazine, Lebuh Bridge dan Jalan Cheong Fatt Tze.
(3)Selain menjadi latar utama panorama kepada lebih 190 buah pencakar langit yang terdapat di George Town, Menara Komtar kini memegang rekod sebagai bangunan keenam paling tinggi di Malaysia dan ke-183 di dunia.
(4)Struktur Menara Komtar direka bentuk kukuh bagi menghadapi sebarang tekanan angin kencang berkelajuan sehingga 200 kilometer sejam dan gegaran kesan gempa bumi paling kuat berukuran 8 pada skala Richter.

ULASAN : Pembinaan Menara Komtar merupakan salah satu rancangan terbesar pembangunan semula sebahagian Bandar asal George Town iaitu Tanjung Penaga. Menara Komtar merupakan ikon dan symbol legasi kekuatan ekonomi Pulau Pinang yang sebelum ini George Town telah dilucutkan taraf Bandar raya dan kehilangan status pelabuhan bebas cukai.

Warga Indonesia teroka tanah Hospital Kusta


Kosmo-Rabu 26 September 2007 ( m/s2)

KuArTeS HoSpiTaL DiSeWa…

ULASAN : Malaysia merupakan sebuah negara membangun. Pelbagai cara yang dijalankan bagi proses pembangunan. Namun, terdapat masalah sampingan yang terpaksa pihak kerajaan Malaysia hadapi kesan daripada proses pembangunan ini. Antara masalahnya utamanya ialah kesan kemasukkan warga asing. Walaupun tenaga warga asing diperlukan dalam sector ekonomi namun tidak semua kemasukkan mereka ini secara sah dari segi undang-undang. Malah mereka juga ada membina penenmpatan di kawasan kuartes hospital secara haram atas pertolongan sindiket haram. Menurut salah seorang saksi, walaupun penempatan itu pernah diserbu sebanyak 3 kali tapi warga Indonesia yang berjaya menyelamatkan diri daripada serbuan itu akan kembali semua ke penempatan mereka apabila situasi reda. Saksi itu mengatakan kewujudan dan penempatan asing di situ telah menyebabkan kejadian jenayah kerap berlaku di kawasan penempatan tersebut seperti kes curi motor dan pecah rumah.

Friday, September 28, 2007

Kosmo ( m/s 22)-Khamis 19 Julai 2007


BERGELUT DENGAN IMIGRAN


Di sebalik kehangatan persiapannya menjelang Sukan Olimpik 2008 yang bakal menyaksikan Beijing berubah wajah, namum imigran menjadi isu yang terus mencengkam wilayah itu :


“ Menjelang waktu siang, kawasan Guandong Dian


kelihatan begitu sesak dengan kehadiran pekerja-pekerja


asing yang keluar membeli mee di gerai-gerai”


ULASAN : Berdasarkan pada petikan di atas, jelaslah Beijing telah dibanjiri dengan pekerja-pekerja asing seperti di kawasan Guandong Dian. Perubahan gaya hidup moden, menjadi faktor penghijrahan berjuta-juta pekerja asing menetap di negara itu. Sejajar dengan perubahan kehidupan dan pembangunan bandar raya moden, pihak berkuasa tempatan Beijing mula sibuk menentukan bandar raya yang perlu diubah suai dan dibangunkan. Salah sebuah kawasan yang menjadi sasaran ialah Guandong Dian. Projek membangunkan sektor perumahan, bangunan syarikat dan pangsapuri akan memberi peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja warga imigran yang membanjiri bandar raya Beijing. Menurut pihak kerajaan Beijing, mereka tidak dapat menggambarkan bagaimana keadaan bandar raya tersebut sepanjang menjelangnya Sukan Olimpik 2008. Seperti yang diketahui, Beijing akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2008 yang akan datang. Bagi memastikan Sukan Olimpik itu berjalan dengan jayanya tanpa sebarang kecacatan, pegawai-pegawai Olimpik Beijing telah mengeluarkan kenyataan tentang pelucutan jawatan pekerja-pekerja imigran. Malah mereka telah bersumpah untuk menghapuskan pengemis dan penjaja. Ini adalah kerana mereka ingin memastikan sesakan lalu lintas serta kadar pencemaran udara sewaktu acara berprestij akan diadakan dapat dikurangkan.

iNgAt LaGi JaLaN bAtU?



Kosmo ( m/s 12)-Ahad 5 Ogos 2007Perubahan imej ratusan batang jalan di Kuala Lumpur


INGAT LAGI JALAN BATU?



“Jika berkesempatan, DBKL akan membukukan
direktori semua nama jalan di Kuala Lumpur
sejak merdeka sehingga sekarang agar generasi
baru tahu asal disebalik nama laluan itu dan
signifikan nama baru ’’



ULASAN : Perubahan nama-nama jalan raya di Kuala Lumpur disebabkan faktor perubahan masa dalam pembangunan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu kota yang maju. Difahamkan perubahan nama jalan di ibu kota sudah bermula sebaik negara mencapai kemerdekaan 50 tahun yang lalu. Antara jalan pertama yang telah ditukarkan nama ialah Jalan Tunku Abdul Rahman ( Di-Pertuan Agong pertama) menggantikan Batu Road. Tindakan ini bertujuan untuk mengelakkan daripada mengguna pakai nama-nama kolonial dengan meggantikan nama-nama yang diberikan oleh orang Malaysia bagi melambangkan identiti Malaysia. Tujuan membukukan semua nama jalan di Kuala Lumpur supaya semua rakyat Malaysia mengetahui asal nama bagi setiap jalan itu.

Pelancaran pelan Wilayah Ekonomi Koridor Utara

KOSMO Rabu 18 Julai 2007 ( m/s 9)


Limpahan rezeki kepada penduduk

ALOR STAR – Pelaksanaan pelan pembangunan

Wilayah Ekonomi Koridor Utara ( NCER ) bakal

memberi ‘limpahan nikmat’ kepada penduduk di

negeri ini melalui rancangan-rancangan pembangunan

yang melibatkan sektor pertanian, pelancongan dan industri”

ULASAN : Seperti yang diberitahu oleh Perdana Menteri kita bahawa negara kita sekarang mengamalkan dasar pertanian. Bagi merealisasikan dasar ini pihak kerajaan telah melancarkan pelan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di beberapa buah negeri seperti Kedah. Pelaksanaan program tersebut sememangnya dinanti-nantikan oleh kerajaan dan rakyat yang sentiasa mengharapkan pembaharuan dalam sektor tersebut supaya Kedah lebih pesat membangun seterusnya bersaing dengan negeri-negeri maju lain. Antara rancangan pembangunan yang dalam proses dijalankan ialah pembaikan sistem pengairan dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang bertujuan untuk menambahkan bekalan dan menyelaraskan tali air bagi menyelesaikan masalah pengairan yang tidak sekata sehingga menjejaskan hasil sawah. Selain, pembangunan sektor pelancongan juga dijalankan di Kedah iaitu di Langkawi, Lembah Bujang, Ulu Muda dan Sedim. Pihak kerajaan mengatakan kawasan pelancongan ini mempunyai potensi diketengahkan ke peringkat antarabangsa sekiranya infrastruktur dapat dipertingkatkan melalui NCER. Jelaslah, bagi saya program ini amat sesuai dijalankan seiring dengan dasar kerajaaan terhadap sektor pertanian yang menggantikan dasar perindustrian. Ini menunjukkan pihak kerajaan berprihatin terhadap nasib para petani. Atau dengan kata lain mereka menitikberatkan nasib para penduduk luar Bandar.

Revolusi Pertanian

ULASAN : Pembaharuan yang dijangka akan membawa revolusi terhadap sektor pertanian adalah bioteknologi dan nanoteknologi – sekiranya teknologi ini berjaya mencipta inovasi yang

meningkatkan produktiviti atau menemui kegunaan baru bagi tumbuh-tumbuhan negara. Untuk merevolusikan sektor pertanian ini, kerajaan mewujudkan `sektor pertanian yang berpandukan sains' melalui penyelidikan bioteknologi, nanoteknologi dan penerapan ICT.

Sebagai contoh, potensi bioteknologi terletak :

(i) kemampuannya meningkatkan produktiviti pertanian;

(ii) meningkatkan nilai tambah keluaran yang berasaskan bio (seperti phytomedicines, perasa dan pewangi, biopesticides dan pharmaceuticals (nutraceuticals); dan

(iii) melahirkan pelbagai keluaran baru.

Kekayaan bio-diversiti di Malaysia masih merupakan faedah berbanding negara yang masih belum digemblengkan sepenuhnya. Kefahaman kita ke atas setiap flora dan fauna dari segi potensi kegunaannya masih belum diterokai dengan meluas. Revolusi Hijau mengambil masa dua dekad untuk membawa perubahan di Asia. Begitu juga bioteknologi, ia mengambil beberapa dekad untuk membawa impak yang besar kepada pertanian di Amerika Syarikat dan Eropah.

Sama ada Malaysia mampu mencari jalan yang singkat untuk menembusi ‘sempadan ilmu' ini masih tidak dapat diduga ketika ini. Ini adalah kerana, setakat ini masih belum ada penemuan yang menyerlah atau ketara yang mampu melonjakkan sektor makanan negara ke tahap yang lebih tinggi. Memang ada penemuan penyelidikan yang dicapai oleh institusi penyelidikan tempatan, tetapi pengeluaran makanan negara masih belum mampu bersaing walaupun dengan negara yang kurang maju berbanding dengan Malaysia seperti Thailand dan Vietnam. Dari segi eksport makanan, Thailand berjaya menembusi pasaran eksport dalam sector buah-buahan, makanan proses dan keluaran perikanan. Malaysia bagaimanapun menunjukkan beberapa pencapaian dalam bidang bioteknologi untuk komoditi kelapa sawit, getah dan koko.

NCER...KEJAYAAN MALAYSIA..

KOSMO Selasa 31 Julai 2007 ( m/s 11)

UTARA BERSATU DI BAWAH NCER

"Jana suntikan modal RM177 bilion untuk pembangunan empat negeri."

ULASAN : Negeri-negeri Utara yang terlibat dengan NCER ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Menurut Perdana Menteri, NCER merupakan satu usaha murni untuk meningkatkan kemajuan ekonomi serta kesejahteraan rakyat di Utara Semenanjung. Tema keseluruhan bagi inisiatif NCER ialah “meningkat nilai tambah kepada industri sedia ada” iaitu memberi penekanan kepada transformasi dan penembangan sector pertanian, pembuatan, pelancongan dan logistic. Saya difahamkan sasaran utama NCER ialah menutup jurang ekonomi di antara kawasan Bandar dan luar Bandar.